Sunday, 9 February 2020

Tawaran Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) Scholarship


Sukacita dimaklumkan bahawa kemudahan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) bagi Tahun 2020 akan mula diiklankan pada 10 Februari 2020. Maklumat lanjut akan dimuatnaik ke portal ini setelah permohonan online tersebut dibuka.
Permohonan adalah dipelawa daripada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Sesi Pengajian 2020 / 2021 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Kedoktoran (Ph.D) di dalam dan luar negara.


Syarat Permohonan

Pemohon-pemohon mestilah memenuhi syarat-syarat permohonan seperti berikut:
Syarat-Syarat Umum
  1. Warganegara Malaysia; dan
  2. Umur tidak melebihi 35 tahun pada tahun memulakan pengajian di universiti.
Syarat-Syarat Khusus
  1. Mempunyai keputusan akademik yang amat cemerlang iaitu CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya;
  2. Calon yang aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif akan diberikan keistimewaan;
  3. Calon yang mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa akan diberikan keistimewaan;
  4. Telah mendapat tempat atau telah mendapat tawaran pengajian secara sepenuh masa dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang atau Kewangan Islam di universiti penyelidikan tempatan seperti di Lampiran B1 atau di universiti terkemuka dunia mengikut bidang yang dipersetujui oleh JPA seperti di Lampiran B2;
  5. Senarai kursus di bawah bidang Sains dan Teknologi adalah seperti di Lampiran B3; dan
  6. Pengajian bagi peringkat Sarjana adalah secara mod penyelidikan sahaja yang mewajibkan penyediaan kertas penyelidikan atau disertasi atau tesis.
Penerima BYDPA yang telah menamatkan pengajian diwajibkan pulang ke Malaysia untuk berkhidmat di negara ini bagi tempoh tidak kurang dari lima (5) tahun. Bagi memastikan syarat tersebut dipatuhi, calon yang terpilih dikehendaki menandatangani perjanjian dengan Kerajaan. Jika calon yang terpilih adalah terdiri daripada pelajar-pelajar tajaan JPA di peringkat Ijazah Sarjana Muda, mereka masih terikat untuk berkhidmat dengan Kerajaan mengikut tempoh yang telah ditetapkan di bawah penajaan peringkat Sarjana Muda. Kadar gantirugi seperti yang berkuatkuasa pada masa sekarang akan dikenakan sekiranya pelajar melanggar syarat perjanjian
KAEDAH PERMOHONAN
  1. Permohonan adalah dipelawa daripada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Sesi Pengajian 2020/2021 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah di dalam dan luar negara dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang dan Kewangan Islam.
  2. Keterangan mengenai Program BYDPA Sesi Pengajian 2020/2021, syarat-syarat permohonan dan panduan permohonan boleh diperolehi dengan melayari portal eSILA JPA melalui pautan di bawah mulai tarikh iklan ini disiarkan.
  3. Borang permohonan hendaklah diisi secara dalam talian (on-line) melalui portal tersebut mulai jam 5.00 petang, 10 Februari 2020.
  4. Tarikh tutup permohonan dalam talian (on-line) BYDPA Sesi Pengajian 2020/2021 dan tarikh akhir bagi mengemukakan borang permohonan ialah pada 06 Mac 2020 melalui serahan tangan atau pos ke:

    Jabatan Perkhidmatan Awam
    Bahagian Pembangunan Modal Insan
    Aras 3, Blok C2, Kompleks C
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62510 PUTRAJAYA
    (u.p: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan)
HUBUNGI
Pertanyaan mengenai BYDPA Sesi Pengajian 2020/2021 boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3546/ 3053/ 3571 pada setiap hari bekerja mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang atau e-mel di alamat penawaranldp@jpa.gov.my.
Info Lanjut dan Permohonan Sila Layari Laman JPA Disini

UPDATED!!: FULL SCHOLARSHIPS LISTING 2020 [SPM/STPM/DIPLOMA/FOUNDATION/DEGREE/MASTER/PHD] => CLICK HERE